Lain-Lain

Kejohanan Open Mix Fours Bersama Menteri dan Media esok, “Sukan boling padang ada potensi jauh”


Awalan (dua, kiri) ketika majlis sidang media Kejohanan Open Mix Fours Bersama Menteri dan Media pada Jumaat.

Foto: KHAIRUL AKMA

PRESIDEN Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berharap dalam tempoh lima tahun akan datang pasukan negara mampu berada di ranking terbaik dunia.

Menurut Awalan, sukan boling padang mempunyai potensi tinggi untuk menghuni di tempat terbaik dunia memandangkan kini berada di kedudukan kelima dalam negara-negara Komanwel.

“Acara ini sudah lama bermula di peringkat dunia dan dulu lebih di kenali ‘Commanwealth Games’ sejak dulu lagi bermula di Penang Club.

“Namun dari segi populariti sukan boling padang di Malaysia, ia masih banyak yang perlu dilakukan untuk war-warkan sukan ini.

“Ia antara acara sukan yang berpotensi untuk menaikkan imej negara kerana ia mungkin boleh menjadi pasukan terbaik di dunia.

Awalan Abdul Aziz

“Tidak semua ada acara sukan yang mempunyai potensi seperti ini bukan sahaja sebagai sebuah pasukan tetapi untuk acara individu.

“Sebab itulah kita perlu komited mengadakan latihan, pendedahan antarabangsa untuk persiapan atlet kita,” jelasnya pada sidang media semepena Kejohanan Open Mix Fours Bersama Menteri dan Media pada Jumaat.

Sebanyak 16 pasukan yang menyertai kejohanan yang julung kalinya diadakan pada Ahad ini (19 Disember) ini termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), TV3, Bernama, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Yakeb, PLBM, Putrajaya (MOA), KPT, serta Media Prima.

Trofi dan medal untuk pemenang Kejohanan Open Mix Fours Bersama Menteri dan Media yang akan berlangsung esok.

Penganjuran melibatkan kerjasama di antara PLBM, KBS, Media, SAM, KPT, Putrajaya (MOA) dan MOM bagi memberi pendedahan serta pemahaman cara serta corak permainan, sistem markah dan format kejohanan.

Malah kejohanan seperti ini juga mampu memudahkan pengamal media mengulas dan memahami mengenai pertandingan sukan boling padang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading