Lain-Lain

Tiada peruntukan, atlet dinilai lebih ketat bagi program latihan sepenuh masa


Ahmad Faizal Azumu. Foto: MSN

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menetapkan pencapaian di peringkat tertinggi sebagai petunjuk prestasi utama untuk membolehkan atlet kekal dalam program latihan bermula tahun 2022.

Berdepan realiti tiadanya peruntukan khusus untuk meneruskan Program Podium yang berakhir sebaik tamatnya temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, penetapan syarat lebih ketat ini adalah langkah yang perlu diperkenalkan semula.

Penilaian prestasi atlet dinilai sejak dari 2019 ekoran dunia sukan negara dan antarabangsa seolah-olah terhenti sementara sepanjang tahun 2020 sehingga kini.

Tindakan ini diterjemahkan dengan langkah mengekalkan atlet yang benar-benar layak bagi program latihan sepenuh masa untuk tempoh persiapan menghadapi tiga temasya utama – Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia/ Para Asia pada tahun hadapan.

“Langkah ini perlu untuk memastikan atlet-atlet berkualiti terus mendapat sokongan dan perkhidmatan terbaik bagi menjamin kejayaan di peringkat tertingi secara konsisten,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN pada Rabu.

Jumlah atlet yang dikenalpasti akan kekal mengikuti program latihan secara sepenuh masa adalah seramai 288 atlet yang juga merupakan kumpulan atlet berpotensi meraih pingat pada tiga temasya sukan berkenaan.

“Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara bagaimanapun tetap akan berusaha mendapatkan peruntukan dana tambahan bagi membolehkan lebih ramai atlet mengikuti program latihan sepenuh masa.

“Tetapi dengan kualiti menjadi petunjuk prestasi utama, atletatlet yang digugurkan perlu terlebih dahulu membuktikankemampuan mereka secara konsisten di pentas saingan tertinggi sebelum dapat kembali menikmati status yang pernah mereka miliki sebelum ini,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: