Bola Sepak

Penyokong Garuda gelar AFF ‘mafia’ selepas Baggott terpaksa dikuarantin


Baggott dilapor tiba di Singapura dari London menaiki pesawat bersama penumpang yang positif Covid-19.

GARA-gara salah seorang pemain Indonesia terpaksa dikuarantin menjelang aksi bertemu Malaysia Ahad ini, penyokong-penyokong Garuda mula menyerang media sosial Konfederasi Bolsepak Asean (AFF).

Ia berikutan salah seorang pemainnya, Elkan Baggott dilaporkan menaiki pesawat bersama salah seorang penumpang positif Covid-19 dari London ke Singapura.

 

Biarpun Baggott didapati negatif ketika ujian saringan, tetapi peraturan ketat Kerajaan Singapura berkaitan dengan Covid-19 dan pemain Ipswich Town itu perlu menjalani kuarantin selama lima hari.

Penyokong-penyokong Indonesia menuduh AFF tidak adil dengan mengaitkan kes positif empat pemain Malaysia sebelum ini, namun pemain-pemain Harimau Malaya yang lain masih dibenarkan bermain.

Malah mereka juga menggunakan #Affunfair di runagan komen Instagram AFFSuzukicup selain daripada gelaran ‘mafia’.

Sebelum ini, empat pemain Malaysia yang diuji positif adalah Khairulazhan Khalid, Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Quentin Cheng.

Namun Khairulazhan dan Faisal akan kembali ke skuad menjelang aksi terakhir kumpulan bertemu Indonesia Ahad ini.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: