Lain-Lain

PTM sasar penganjuran lapan kejohanan setiap tahun


PERSEKUTUAN Tinju Malaysia (PTM) meletakkan sasaran sekurang-kurangnya-kurangnya lapan kejohanan dianjurkan badan induk sukan itu bagi memastikakan petinju negara sentiasa positif dan tidak terlalu selesa dengan gelaran yang diraih.

Setiausaha Kehormatnya, Mohd Shamsul Deran berkata, ini tidak termasuk bilangan kejohanan tinju yang dijalankan oleh persatuan tinju negeri masing-masing.

Jelasnya, selepas hampir dua tahun tidak menganjurkan kejohanan tinju ekoran pandemik Covid-19, PTM kini merancangkan pengajuran kejohanan mulai tahun depan bagi mencungkil bakat-bakat petinju negara.

“Kami percaya sukan tinju kini semakin mendapat tempat dikalangan peminat dan usaha ke arah memastikannya sedang giat dijalankan,” jelasnya.

Terdahulu PTM telah mengadakan Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2021 yang memasuki edisi ke-28 disertai ahli-ahli gabungan di Majlis Sukan Negara (MSN).

Tambahnya lagi, pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan bakal ditempatkan secara berpusat di MSN menjalani latihan bagi memastikan tahap kecergasan dan persaingan positif dikalangan petinju.

“Mereka akan terus berjuang diantara satu sama lain walaupun berada di pusat latihan berpusa (MSN) namun mereka tetap akan menyertai kejohana dikalangan mereka sebelum pemilihan petinju dibuat untuk mewakili negara,” ujarnya.

Pada kejohanan tersebut, petinju dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Khir Akyazlan merangkul gelaran juara kategori 80 kilogram pada aksi akhir Tinju Piala Malaysia 2021.

Khir menewaskan lawannya dari Johor , Khausal meraih perak manakala gangsa dirangkul petinju dari Kedah Rafael Mikael.

Sementara itu, kategori yang turut menjadi tumpuan acara 71kg yang menyaksikan petinju pilihan Mohd Helmi Chieng Mohd Firdaus Chein tewas kepada petinju ATM Mohd Firdaus.

Bagi kategori 92kg, R.Indran juga dari ATM merangkul pingat emas selepas menundukkan Muhammad Syahrimah Zahar


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: