Lain-Lain

Persiapan negara hadapi 3 temasya besar tahun depan tidak akan terjejas – Faizal Azumu


Ahmad Faizal Azumu (kanan) disambut Pengarah Urusan Yakult Sdn Bhd, Hiroshi Hamada ketika tiba di stadium KLFA, Cheras.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu  memberi jaminan persiapan kontinjen negara bagi menghadapi tiga temasya sukan besar tahun depan tidak akan terjejas di sebalik berdepan kekangan peruntukan.

Ujarnya, dia mengakui kerajaan ketika ini memberi fokus yang lebih kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat pasca pandemik Covid-19 namum dalam masa yang sama tidak akan mengabaikan persiapan atlet bagi menghadapi Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.

“Kita bersedia untuk memastikan semua atlet berprestasi tinggi kita mendapat latihan, persediaan, kelengkapan dan sebagainya yang mencukupi tahun depan.

“Jadi, tidak perlu dibimbangkan. InsyaAllah, Kementerian Belia Sukan (KBS)  bersama Majlis Sukan Negara tetap akan meneruskan segala aktiviti yang sudah dirancang tahun depan,” katanya ketika hadir menyaksikan perlawanan amal antara pasukan Yakult All Star dan Harimau Pekak Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, petang tadi.

Sukan SEA Vietnam 2022 bakal berlangsung 12 hingga 23 Mei, diikuti Sukan Komanwel di Birmingham 28 Julai hingga 8 Ogos sebelum Sukan Asia di Hangzhou, China bermula 10 hingga 25 September.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment