Lain-Lain

Angkat berat: “Tiada masa untuk rehat”


Atlet-atlet angkat berat negara mempamerkan aksi luar biasa di Uzbekistan.

Oleh: AMMAR HAZIQ

KEJAYAAN badang negara meraih pingat pada Kejohanan Kelayakan Komanwel 2022 yang diadakan sekali dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 di Taskhent, Uzbekistan perlu diteruskan dengan usaha keras jika mahu kejayaan yang lebih manis.

Kejayaan tersebut menjadi pemangkin semangat buat Mohamad Aniq Kasdan dalam Kategori 55Kg dan Aznil Bidin (kategori 61 kg) yang meraih emas serta Muhammad Ery Hidayat (kategori 73 kg) yang mendapat perak untuk terus memburu pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, kejohanan antarabangsa yang disertai itu sedikit sebanyak dapat mengenalpasti pontensi dan kekurangan diri setiap atlet untuk diperbaiki pada masa hadapan.

Menurutnya, pihaknya juga dapat mengenalpasti pencabar terkuat di komanwel pada tahun hadapan yang dilihat mampu membuatkan Malaysia berputih mata jika persiapan tidak dilakukan dari sekarang.

“Mereka semakin meninggalkan kita, kita kena kurangkan merungut, fokus kepada latihan dan terus berusaha untuk meningkatkan potensi diri yang sedia ada.

“Tiada masa untuk berehat jika inginkan kejayaan, perjalanan masih jauh dan meletihkan. Jika sanggup mengharunginya,maka perlu berusaha keras, jika rasa mengalah, kami tidak menghalang,” katanya yang dipetik melalui Facebooknya pada Sabtu.

Pada kejohanan tersebut, Mohamad Aniq berjaya mengangkat 107 bagi kategori Snatch dan 142 bagi kategori Clean and Jerk dan jumlah keseluruhan angkatan adalah 249 Kg.

Angkatan tersebut juga telah memecahkan rekod kebangsaan sebelum ini iaitu 248 dan Mohamaq Aniq membawa hadiah pingat Perak bagi kategori Clean and Jerk bagi Kejohanan Dunia tersebut.

“Malaysia buat pada masa ini berada pada ranking pertama kelayakan Sukan Komanwel 2022, Birmingham bagi kategori 55Kg tersebut dan pencapaian ini adalah pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penganjuran Kejohanan Angkat Berat Dunia kerana berjaya memenangi pingat,” ujar Ayub.

Bagi Aznil pula, dia berjaya mengangkat 120 bagi kategori Snatch dan 153 bagi kategori Clean and Jerk dengan jumlah keseluruhan sebanyak 273 Kg.”Pada kedudukan ini beliau membawa pulang Emas, Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022.

“Malaysia buat pada masa ini berada pada ranking pertama kelayakan Sukan Komanwel 2022, Birmingham dan mengesahkan tempat ke Sukan Komanwel 2022 bagi kategori 61 kg Lelaki,” tambah Ayub.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading