Terkini

Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 : Bonnie rangkul emas


JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin  memenangi pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 22 tahun itu mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi 2019 di Kazakhstan selepas melakukan angkatan seberat 210kg.

Namun catatan itu jauh ketinggalan berbanding rekod dunia miliknya dengan angkatan seberat 230kg yang dilakukan ketika menjuarai Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun lalu.

Pada aksi di Tbilisi itu, Bonnie mengatasi pencabar terdekanya, dari China, Hu Peng yang meraih perak dengan catatan 196kg manakala atlet Mesir, Shaaban Ibrahim memenangi gangsa dengan angkatan 195kg.

Di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lalu, Bonnie menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen negara dengan angkatan 228kg sekali gus memecahkan rekod temasya yang sebelum itu dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika edisi 2016 Rio de Janeiro.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: