Bola Sepak

Ujian sebenar buat Azarul


Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

PEMAIN muda Terengganu FC, Muhammad Azarul Nazarith Azhar menyifatkan pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini bakal menguji kemampuan sebenar benteng pertahanan pasukannya.

Sering menjadi pilihan Nafuzi Zain, pemain kelahiran Kuala Lumpur yang dibawa masuk pada musim ini tetap waspada dengan ketajaman jentera serangan lawan.

“JDT bakal memberi saingan yang hebat kepada kami dan aksi ini akan menguji kemampuan saya serta rakan sepasukan dibenteng pertahanan.

Kurang diberikan perhatian namun Azarul Nazarith membuktikan kemampuan melalui prestasi setiap kali diturunkan beraksi.

“Saya dan rakan sepasukan sangat bersedia untuk aksi malam ini dan ia perlu diterjemahkan dengan kemenangan,” jelas bekas pemain Felda United ini.

Azarul bermain di posisi pertahanan kiri dan mampu untuk bermain juga di pertahanan kanan atau tengah, pemain ini memiliki 11 penampilan dalam kesebelasan utama Felda United untuk kempen musim 2020.

Selain itu, beliau juga pernah mendapat panggilan untuk skuad B-22 Kebangsaan dibawah kendalian Ong Kim Swee.

Selain Azarul Nazarith, benteng tuan rumah juga diperkuatkan Ketua pasukan, Argzim Redzovic, Mohd Arif Fadzillah Abu Bakar dan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: