
PASUKAN bola sepak wanita Iran ‘dituduh’ menggunakan pemain lelaki sebagai penjaga gol ketika aksi Kelayakan Piala Asia September lalu.
Persatuan Bolasepak Jordan (JFA) telah menghubungi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) agar membuat siasatan jantina kepada Zohreh Koudaei yang berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti yang memberi kemenangan 2-4 kepada Iran ketika aksi di Uzbekistan itu.
Presiden JFA, Putera Ali Al-Hussein memuatnaik surat ‘permintaan pemeriksaan jantina’ ke atas Zohreh di Twitternya Ahad lalu.
Sepanjang perlawanan kelayakan ini, Zohreh dilihat memakai hijab.
No relevance to previous tweets but it’s a very serious issue if true. Please wake up @theafcdotcom pic.twitter.com/egk678CXCX
— Ali Al Hussein (@AliBinAlHussein) November 13, 2021
Putera Ali menganggap isu ini sangat serius sekiranya benar, dan menghubungi AFC ‘supaya bangun’.
Namun salah seorang pemain Iran, Maryam Irancoost menafikan tuduhan tersebut dan memberitahu isu tersebut dibangkitkan kerana Jordan yang menjadi pasukan pilihan tidak dapat menerima kekalahan.
“Pasukan medikal telah menjalani pemeriksaan rapi setiap pemain kebangsaan berkaitan dengan hormon bagi mengelakkan sebarang kemungkinan masalah yang timbul.
“Dan saya ingin beritahu bahawa semua penyokong supaya jangan bimbang.

“Kami akan menyediakan segala dokumen yang diinginkan AFC tanpa membuang masa,” jelasnya kepada Varzesh3.
Sebelum ini, Zohreh sudah beberapa kali berdepan dengan isu jantina ini, dan menurut laporan dia telah mempertahankan dirinya menerusi akhbar di Iran.
Pada aksi 25 September itu, Iran berjaya merakam sejarah buat kali pertama layak ke Piala Asia Wanita 2022 di India.
Add Comment