EPL

Ini buka gaya permainan Liverpool – Klopp


Klopp ternyata kecewa dengan aksi dipamerkan pemainnya hingga terpaksa akur dengan keputusan 2-2.

 

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp ternyata kecewa dan mengkritik cara permainan dipamerkan anak didiknya ketika mempertahankan kelebihan dua gol mereka ketika bertemu Brighton, di Anfield malam tadi.

Tegasnya, cara terbaik untuk bertahan daripada Brighton ialah mengawal bola dan bermain di ruang yang mereka terdedah, tetapi pemain tidak melakukannya.

“Saya rasa seperti kalah, bukan hanya kerana kami mendahului 2-0 dan tidak menang.  Pada babak kedua, kami tidak bagus. Bahasa badan ditunjukkan saya langsung tidak suka,” kata pengendali dari Jerman itu.

Pada perlawanan malam tadi, Jordan Henderson dan Sadio Mane meletakkan Reds 2-0 di depan selepas 24 minit tetapi skuad Graham Potter bangkit dengan gol menerusi Enock Mwepu dan Leandro Trossard.

Keputusan ini merekoda ini adalah kali keenam Liverpool gagal menang saingan Liga Perdana di laman sendiri selepas mendahului dua gol.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading