
Oleh : SUBKHI SUDARJI
KESATUAN Boling Tenpin Malaysia (MTBC) menyasarkan skuad lelaki dapat membawa pulang dua emas sebagaimana dilakukan dua tahun lalu manakala tiada sasaran diletakkan buat skuad wanita negara pada Kejohanan Boling Dunia di Dubai yang akan berlangsung dari 4 hingga 16 Oktober ini.
Presidennya, P S Nathan berkata, beliau sedar skuad negara tidak menyertai sebarang pertandingan sejak dua tahun lalu namun kesemua mereka berlatih dengan gigih justeru diharapkan mereka akan menghadiahkan pingat.
“Peluang pemain negara untuk bawa pulang pingat tetap ada kerana mereka berlatih bersama jurulatih berpengalaman dan mereka juga melakukan persediaan yang baik.
“Namun begitu saya tahu kebanyakan mereka adalah pemain muda dan perasaan gementar itu tetap ada itu sebab saya tidak letakkan sebarang sasaran tapi yakin mereka boleh membawa pulang pingat,” katanya pada sidang media di Sunway Mega Lanes, hari ini.
Dua tahun lalu skuad lelaki negara menghadiahkan dua emas menerusi Muhamamd Rafiq Ismail dalam acara individu dan Tun Ameerul Luqman Al-Hakim bersama Adrian Ang untuk acara beregu lelaki. Manakala skuad wanita gagal membawa pulang pingat.





Add Comment