EPL

Sterling bukan lagi ‘anak emas’ Guardiola


RAHEEM Sterling antara tonggak utama yang membantu The Citizens meraih gelaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Namun bagi musim ini kelibat pemain kelahiran England itu semakin dipandang sepi pengendalinya Pep Guardiola.

Kehadiran Jack Grealish, yang dibawa masuk musim panas lalu juga dilihat menyukarkan Sterling untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sterling baru-baru ini menunjukkan bahawa dia sedang mempertimbangkan masa depannya di Manchester City.

Pemain pasukan kebangsaan England itu mengatakan bahawa dia sudah bersedia beraksi di luar England untuk peluang bermain lebih besar.

“Sekiranya saya mahukan kebahagiaan saya berada di tahap tertentu, saya perlu bermain. Saya perlu menjaringkan gol dan menikmati situasi,” kata Raheem Sterling kepada Sky Sports .

Musim ini, Sterling bukan lagi anak kegemaran pengurus Manchester City, Pep Guardiola dimana dia hanya beraksi dalam tujuh penampilannya di Liga Perdana setakat ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d