Badminton

Piala Thomas: Malaysia tewas 1-4 kepada Jepun, jumpa Indonesia aksi suku akhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zii Jia tewas kepada Momota dalam aksi terakhir Kumpulan D. Foto: BAM

PASUKAN Piala Thomas Malaysia bergelar naib juara Kumpulan D selepas tewas 1-4 di Aarhus, Denmark, Khamis.

Pada saingan terakhir kumpulan hari ini, kapten pasukan Lee Zii Jia turun pada aksi pertama menentang jaguh No.1 dunia, Kento Momota.

Pemain berusia 24 tahun dari Kedah ini tampil memberi tentangan sengit kepada Momota yang menyaksikan permainan diheret ke aksi rubber-set selepas Zii Jia mencatat kemenangan pada set pertama namun tewas pada set kedua (21-15, 12-21).

Permainan yang mencuri tumpuan dengan aksi yang mendebarkan yang dipamerkan oleh kedua-dua pemain ini, namun Zii Jia tersungkur pada set ketiga dengan keputusan 21-23.

Perlawanan Zii Jia-Momota ini menyaksikan pertemuan kali keempat tahun ini, manakala ke-10 keseluruhan setakat ini.

Sementara itu, harapan untuk melihat beregu pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia- Soh Wooi Yik mengutip mata pertama tidak kesampaian selepas tewas mudah dengan 13-21, 13-21 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam tempoh 37 minit.

Zii Jia dan Momota.

Kem negara terus mencatat kekalahan apabila perseorangan kedua Cheam June Wei tewas 20-22, 13-21 kepada Kanta Tsuneyama dalam tempoh 49 minit.

Satu lagi aksi beregu gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turut gagal menyekat kemaraan pasangan Jepun, Akira Koga-Yuta Watanabe dengan keputusan 10-21, 16-21.

Namun Leong Jun Hao memberi sedikit keceriaan kepada kontinjen negara apabila berjaya menghadiahkan mata tunggal dengan kemenangan ke atas Kenta Nishimoto, 21-19, 21-18 dalam tempoh 51 minit.

Walaupun tewas, Malaysia sudah layak ke saingan suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas Kanada sebelum ini.

Pasukan negara bakal berdepan dengan juara Kumpulan A, Indonesia pada saingan kalah mati esok (Jumaat).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: