Badminton

Piala Thomas: Malaysia menang bergaya mara ke suku akhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zii Jia membuka saingan bertemu Kanada dengan kemenangan. Foto: BAM

PASUKAN Piala Thomas Malaysia menang bergaya 5-0 ke atas Kanada pada aksi pembukaan Kumpulan D yang berlangsung di Aarhus, Denmark awal pagi Rabu.

Pemain perseorangan lelaki pertama negara, Lee Zii Jia hanya mengambil masa 38 minit untuk menundukkan lawan Brian yang 21-18, 21-13 untuk mata semangat pertama buat pasukan Malaysia.

Seterusnya rentak kemenangan kedua dikutip menerusi pemain Cheam June Wei dengan mengejutkan pemain Olimpik Jason Anthony Ho-Sue.

June Wei,24, yang merupakan bekas juara beregu campuran Sukan Olimpik Remaja 2014 ini mengambil masa 40 minit dengan keputusan 21-14 , 21-14.

Aksi ketiga yang juga mata penting pengesahan kemenangan Malaysia ke atas Kanada menerusi Ng Tze Yong dengan mengatasi B.R. Sankeerth 21-7, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Gandingan baharu beregu negara, Soh Wooi Yik dan Nur Izzudin Mohd Rumsani tidak berdepan dengan tentangan sengit untuk mengutip mata keempat menewaskan Philippe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10 hanya mengambil masa 25 minit.

Manakala gandingan terakhir menerusi Aason Chia-Goh Sze Fei melengkapkan kemenangan bergaya mengetepikan saingan Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit.

Kemenangan ini menyaksikan Malaysia terus layak ke aksi suku akhir, namun masih mempunyai satu lagi perlawanan saingan terakhir kumpulan berdepan dengan Jepun Khamis ini.

Saingan Kumpulan D ini menyaksikan hanya dua perlawanan sahaja memandangkan pasukan England menarik diri sebelum ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: