Hoki

Kecederaan tonggak utama hantui pasukan – Wallace

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi pemain skuad projek khas lelaki kebangsaan ketika menentang pasukan England B21 awal pagi tadi.

KECEDERAAN beberapa tonggak utama skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan kini menghantui kem negara selepas tewas sekali lagi 0-2 kepada pasukan England B-21 pada aksi ketiga Siri Jelajah United Kingdom 2021, di Bisham Abbey, awal pagi tadi.

Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Arif Shafie Ishak dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi antara beberapa tongga utama yang mengalami kecederaan.

Bagi Pengendali Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Wallace Tan, jika dilihat dalam beberapa perkara, ada penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pemain walaupun kami tewas 0-2.

“Kami mahu melihat lebih banyak lagi peningkatan dalam kawasan-kawasan tertentu. Namun apa yang lebih membimbangkan untuk kami adalah kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain.

“Beberapa pemain termasuk Akhimullah, Arif Shafie serta Firdaus Rosdi antara yang mengalami kecederaan dan dalam perlawanan hari ini, terdapat seorang atau dua lagi pemain turut mengalami kecederaan.

“Untuk perlawanan keempat, kami mahu pemain terus menunjukkan peningkatan dalam beberapa perkara seperti menjaringkan gol juga di bahagian pertahanan, kami tidak boleh melepaskan gol-gol mudah kepada lawan,” jelasnya.

Dalam perlawanan yang berlangsung hari ini, Skuad B-21 England menjaringkan dua menerusi gerakan padang pada minit ke-20 dan minit ke-50.

Perlawanan keempat Skuad Remaja Negara akan berlangsung pada awal pagi esok melibatkan pertemuan dengan Hampstead & Westminster H.C di Paddington Recreation Club


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: