Badminton

Piala Sudirman: Malaysia capai sasaran ke suku akhir, tewaskan Mesir 5-0


Beregu lelaki negara, Wei Chong- Kai Wun turut mempamerkan aksi terbaik menewaskan pasangan Mesir. Foto: BAM

BARISAN pemain muda badminton negara tidak melepaskan peluang untuk pamerkan aksi terbaik ketika menang 5-0 ke atas Mesir pada saingan kedua Piala Sudirman Selasa malam.

Aksi mata pertama dikutip menerusi beregu campuran Cheng Tan Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan Ahmed Salah/Nour Ahmed Youssri 2-6,21-7 dalam masa 20 minit.

Ia disusuli dengan kemenangan kedua menerusi pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong menewaskan Mohamed Mostafa Kamel, 21-8,21-2.

Eoon Qi Xuan memastikan Malaysia terus menang selepas mencatat 21-5,21-7 ke atas Hany Dona dan rentak kemenangan diteruskan dengan aksi beregu lelaki Man Wei Chong/Tee Kai Wun menamatkan aksi Mohamed Mostafa/Ahmed, 21-7,21-6.

Manakala beregu wanita Teoh Mei Xing/Ya Ling melengkapkan kemenangan kelima dengan 21-4,21-9 ke atas Nour/Doha.

Kemenangan ini menyaksikan Malaysia layak ke suku akhir selepas turut mencatat kemenangan ke atas England 3-2 pada Isnin.

Perlawanan terakhir saingan Kumpulan D ini akan diteruskan dengan bertemu Jepun pada Khamis, 9 malam esok.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: