Badminton

Piala Sudirman 2021: Malaysia menang 3-2 ke atas England


Jii Jia menang mudah ke atas pemain England.

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PASUKAN Piala Sudirman Malaysia mencatat kemenangan 3-2 ke atas England pada aksi pertama Kumpulan H yang berlangsung di Energia Areena Vantaa, Finland.

Malaysia memulakan aksi pertama dengan kemenangan 21-19, 21-18 menerusi pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron/Cheah Yee See menundukkan beregu England Marcus Ellis/ Lauren Smith dalam tempoh 47 minit.

Pang Ron/Yee See yang menduduki ranking ke-27 dunia tampil dengan aksi baik mengejar mata dengan pihak lawan biarpun beberapa kali ketinggalan mata.

Tentangan sengit daripada pasangan England yang berada di kedudukan ranking ke-7 dunia ini ternyata dapat diatasi dengan baik dengan menamatkan saingan secara straigh-set.

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sepeti yang dijangka tidak menghadapi sebarang halangan untuk menang mudah ke atas pemain England 21-4, 21-15 dalam tempoh 30 minit.

Pasangan beregu wanita negara berjaya mengheret permainan ke rubber-set ketika bertemu England pada aksi Kumpulan H Piala Sudirman di Finland.

Begitu juga dengan aksi pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia/Soh Woi Yik yang menang straigh-set ke atas beregu England Ben Lane/ Sean Vendy dengan mata 22-20,21-18.

Namun pemain perseorangan wanita negara, S.Kisona tewas kepada pemain England Abigail Holden dengan keputusan 16-21, 20-22.

Perlawanan terakhir bagi aksi pertama kumpulan ini menyaksikan pasangan beregu wanita negara Tan Pearly/M.Thinaah mengheret permainan ke rubber-set selepas mencatat 18-21, 21-17, 20-21 dalam masa 64 minit.

Pasukan Malaysia akan bertemu Mesir pada Selasa sebelum mengakhiri saingan kumpulan bertemu Jepun pada Khamis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading