Badminton

Piala Sudirman: Malaysia mula cabaran pada Isnin, Zii Jia akui semua semangat dan ‘okay’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zii Jia berkongsi perkembangan semasa dari Vaanta menjelang aksi pertama peringkat kumpulan pada Isnin.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PASUKAN Piala Sudirman Malaysia bakal membuka tirai aksi peringkat Kumpulan D pada Isnin bertemu pasukan England.

Skuad badminton negara kembali ke gelanggang selepas aksi mendebarkan di pentas Sukan Olimpik Julai lalu.

Ketua pasukan yang juga jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberitahu, semua pemain berada dalam keadaan baik dan bersemangat selepas dua hari tiba di Vaanta, Finland.

“Sesi latihan yang disediakan dua sesi setiap hari sama ada pagi dan petang atau petang dan malam selama satu jam.

“Semua rakan-rakan ‘okay’ dan sangat ‘enjoy’ dengan momen ini. Kita semua terima cabaran ini,” jelas Jii Zia menerusi rakaman video kepada media pada Ahad.

Dalam pada itu, juara Seluruh England 2021 ini juga memberitahu perkara paling penting sekarang adalah bijak menguruskan tekanan.

Zii Jia bakal berdepan dengan pemain England yang berada di ranking ke-202 dunia.

“Bagi saya yang penting adalah diri sendiri, sama ada boleh mengawal tekanan atau tidak. Ini yang pernah saya lalui.

“Dua tahun lepas, saya juga agak tertekan.Tapi bila dah ada pengalaman… saya dah boleh ‘handle’ sendiri dan lebih matang.

“Cuma sekarang agak ‘tricky’ kerana tidak tahu kondisi pasukan lain selepas tiga bulan lebih (selepas Olimpik) tak ada kejoahan. Jadi tak ada arah buat saya. Pun begitu saya akan cuba yang terbaik,” tambah pemain berusia 23 tahun ini.

Zii Jia dijangka mampu mengutip mata kemenangan tanpa halangan apabila berdepan pemain ranking ke-202 dunia, Johnnie Torjussen.

Bagi perseorangan wanita negara S.Kisona yang kali pertama menggalas tugas perseorangan wanita utama dijangka bertemu Chloe Birch yang kini berada di ranking ke-73 dunia.

Harapan tinggi juga dipertaruhkan untuk mengutip mata terhadap pasangan beregu gangsa Sukan Olimpik 2020 Aaron Chia- Soh Wooi Yik yang turut beraksi bertemu Ben Lane-Sean Vendy.

Wooi Yik-Aaron berada dalam momentum terbaik selepas merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo Julai lalu.

Selepas aksi bertemu England, pasukan Malaysia akan bertemu Mesir pada Selasa sebelum mengakhiri saingan kumpulan bertemu Jepun pada Khamis.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memutuskan untuk menghantar barisan pemain muda menggalas cabaran ini dan meletakkan sasaran mara ke suku akhir.

Dan untuk mara ke suku akhir, Malaysia perlu bergelar juara atau naib juara peringkat kumpulan.

Pasukan Malaysia yang beraksi di Vaanta, Finland bagi saingan Piala Sudirman bermula 26 September hingga 3 Oktober ini. Foto: BAM

Senarai pemain Piala Sudirman 2021:

Lee Zii Jia (perseorangan lelaki)
Ng Tze Yong (perseorangan lelaki)
Aidil Sholeh Ali Sadikin (perseorangan lelaki)
S Kisona (perseorangan wanita)
Eoon Qi Xuan (perseorangan wanita)
K Letshanaa (perseorangan wanita)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki)
Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki)
Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita)
Yap Ling-Teoh Mei Xing (beregu wanita)
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (beregu campuran)
Chen Tang Jie-Peck Yen Wei (beregu campuran).

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: