Badminton

BAM akur keputusan Jin Wei bersara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jin Wei mengumumkan persaraannya dari dunia badminton.

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui agak sedih dengan keputusan Goh Jin Wei untuk bersara.

Namun Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberitahu, pihaknya menghormati keputusan tersebut disebabkan masalah kesihatan.

Beliau berkata, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires itu pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah yang dialami.

“Memang amat menyedihkan, tetapi kami menghormati keputusan itu, kami sebenarnya ke arah pembentukan pasukan baharu.

“Apabila saya mendengar tentang ini pada mulanya, saya telah menghubunginya untuk berbincang secara dalam talian pada 16 Ogos lalu dan pada dasarnya dia menyatakan ia berhubung kait dengan isu perubatan selepas pembedahan kerana tidak dapat mengikuti rejim latihan ketat.

“Beliau berkata mahu bersara dan beralih kepada fasa kehidupan lain. Kami cadangkan bersara selepas Pial Uber… tetapi beliau mengumumkan lebih awal.

“Saya bersamanya ketika pembedahan, dan ingatkan keadaan bertambah baik, tapi sebaliknya memberi kesan pada dia,” jelasnya kepada Bernama.

Pada Isnin Jin Wei membuat pengumuman mengejut untuk bersara pada usianya 21 tahun.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: