Badminton

Bekas juara dunia remaja Jin Wei bersara pada usia 21 tahun

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Faktor pemulihan panjang membuatkan Jin Wei untuk bersara.

 

PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mengejutkan dunia badminton selepas mengumumkan persaraannya pada pada usia 21 tahun.

Bekas juara remaja dunia ini mengumumkan persaraannya menerusi saluran Youtube miliknya pada Isnin, dua hari selepas tidak tersenarai dalam skuad Piala Sudirman.

Antara faktor Jin Wei membuat keputusan sukar ini berikutan tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalani pembedahan berkaitan masalah dalam perutnya pada tahun 2019.

“Saya telah bersama pasukan negara selama tujuh tahun. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk peluang dan juga semua rakan dan penyokong.

“Saya harap semua kekecewaan dan impian saya akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing,” kongsi Jin Wei.

Piala Sudirman dijadualkan berlangsung di Vantaa, Findland bermula 26 September hingga 3 Oktober ini sebelum ksi Piala Thomas/Piala Uber di Denmark pada 9-17 Oktober depan.

Sebagai rekod, Jin Wei pernah merangkul juara Piala Dunia Remaja sebanyak dua kali (2015, 2018) serta gelaran Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 serta Sukan SEA 2017, Kuala Lumpur.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: