Badminton

BAM pertaruh pemain muda tiga kejohanan besar bulan depan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meletakan sasaran untuk mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan besar bulan depan.

BAM membuat keputusan untuk menghantar pasukan pemain muda pada kejohanan Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber

“Kita meletakkan sasaran suku akhir kepada ketiga-tiga skuad tersebut pada kali ini.

“Ini adalah masa sesuai untuk mengambil risiko dan menghantar pemain muda sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Olimpik 2024 di Perancis nanti,” katanya semasa sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Sabtu.

Kebanyakan pemain dalam skuad Piala Thomas berumur antara 21 sehingga 24 tahun, manakala, untuk Piala Sudirman, rata-rata pemain berusia 18 sehingga 26 tahun.

Untuk Piala Uber pula turut dibarisi oleh Siti Nurshuhaini Azman yang baru berusia 17 tahun dengan pemain paling senior adalah Lee Meng Yean yang berusia 27 tahun.

Siti Nurshuhaini akan menjadi wakil tunggal daripada skuad junior negara di bawah bimbingan Datuk Misbun Sidek.

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki Lee Zii Jia bakal mengetuai barisan Piala Thomas dan Piala Sudirman, manakal Lee Meng Yean kapten untuk Piala Uber.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: