
PASUKAN Piala Sudirman Malaysia tewas kepada Jepun 1-4 dalam aksi terakhir Kumpulan D di Vantaa, Finland.
Ia sekaligus menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tangga kedua kumpulan selepas mencatat dua kemenangan sebelum ini iaitu ke atas England dan Mesir.
Ternyata kekuatan pasukan Jepun sukar digugat barisan muda negara, yang hanya menyaksikan satu kemenangan dirakam menerusi acara beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik sahaja.
Pasangan gangsa Sukan Olimpik itu menumpaskan beregu Jepun Takuro Hoki/Yugo Kobayashi 22-20,14-21,21-16 yang mengambil masa 67 minit.
Namun sebelepas itu, aksi tewas skuad negara dimulakan dengan acara perseorangan wanita menerusi S. Kisona tewas kepada pemain di ranking kelima dunia Akane Tamaguchi 14-21,14-21.

Harapan untuk melihat Malaysia mengutip satu mata menerusi perseorangan lelaki Lee Zii Jia tidak kesampaian apabila tewas di tangan Kento Momota 21-18, 21-10.
Ia disusuli rentak tewas oleh pasangan beregu wanita Pearly Tan/M.Thinaah kepada pasangan beregu wanita Jepun Chiharu Shida/Nami Matsuyama 16-21,17-21.
Manakala perlawanan terakhir acara beregu campuran menyaksikan Yuta Watanabe/Arisa Higashino menumpaskan pasangan negara Hoo Pang Ron/Cheah Yee See 21-16,21-19.
Biarpun tewas akhi akhir ini, Malaysia sudah pun mengesahkan slot ke suku akhir selepas mencatat dua kemenangan sebelum ini.





Add Comment