EPL

De Gea hero Man United


De Gea tangkas menyelamatkan sepakan penalti Noble untuk kemenangan pasukan.

BENTENG terakhir Manchester United, David de Gea memastikan tiga mata penuh buat pasukan apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk kemenangan 2-1 ke atas West Ham United, pada saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22 sebentar tadi.

Ketika perlawanan yang mungkin berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 seandainya Mark Noble berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut, De Gea bertindak cemerlang menepis sepakan yang menuju ke sebelah kirinya.

Terdahulu pada aksi yang berlangsung, tuan rumah berada dihadapan pada minit ke-30 menerusi jaringan Said Benrahma sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan selang lima minit kemudian.

Bekas pemain West Ham United yang dipinjamkan Man United pada musim lalu, Jesse Lingard yang kini kembali bersama The Red Devils dan masuk sebagai pemain gantian meletakkan pasukan dihadapan pada minit ke -86.

Serangan terakhir tuan rumah untuk mendapatkan gol penyamaan menampakkan hasil apabila bola terkena tangan pertahanan Luke Shaw yang seterusnya dihadiahkan sepakan penalti namun ketangkasan De Gea memastikan tiga mata penuh buat pelawat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading