Bola Sepak

TMJ gembira melihat Kuching City FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

“SAYA gembira apabila melihat Kuching City FC gembira beraksi dengan kondisi padang yang ada,” jelas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ujarnya, sememangnya mereka (Kuching City) memerlukan stadium dan kerana beliau telah mengarahkan JDT II berpindah di Larkin.

“Stadium itu pun (Pasir Gudang) digunakan untuk pembangunan bakat muda bola sepak, jadi saya gembira bila mereka gembira dengan kondisi padang yang ada,” jelasnya pada program Bola@Mamak.

Untuk rekod, Kuching City FC yang sebelum ini menjadikan Stadium Negeri di Sarawak sebagai gelanggang tuan rumah berdepan masalah untuk menerima kunjungan pasukan lawan dari Semenanjung dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan kawalan penularan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pasir Gudang ‘home’ kami, terima kasih TMJ”

Usaha pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim untuk mendapatkan stadium di Semenanjung menumui jalan buntu selepas beberapa venue tidak mendapat kebenaran untuk digunakan sebagai ‘tuan rumah’.

“Terima kasih kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang membenarkan kami menggunakan Stadium Pasir Gudang sebagai home.

“Call Kuala Lumpur tak boleh, Selangor tak boleh dan Negeri Sembilan pun tak boleh,” ujarnya pada aksi pertama di stadium berkenaan yang memberi tuah kemenangan 3-1 keatas Kelantan FC.

Dalam perkembangan sama juga, Irfan ‘tabik’ kepada (TMJ) kerana menyediakan kemudahan terbaik kepada pasukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tabik pemilik Stadium Pasir Gudang, hari ni berlubang… esok clear”

“Saya tabik kepada JDT, padang sebaik itu, hari ni kami buat lubang… esok ‘clear. Kalau saya cakap tak ada (padang seperti itu) di Malaysia, nanti ada orang marah. Tetapi  team mana lagi selain JDT?. Bukan nak angkat TMJ. Memang terbukti,” katanya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: