
Oleh: JJFIRDAUS
MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan barisan kepimpinan baharu yang akan menerajui MOM bagi penggal 2021-2025.
Keputusan pilihanraya itu diumumkan oleh Datuk Seri Jahaberdeen menerusi sesi sidang media yang dilakukan secara atas talian.
Tan Sri Norza Zakaria kekal menjawat jawatan Presiden selepas menang tanpa bertanding dengan muka baharu, Datuk Hamidin Mohd Amin kini memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden yang juga menang tanpa bertanding.
Jawatan Naib Presiden pula kini disandang oleh Datuk Shahrul Zaman Yahya, Datuk Chong Kim Fatt, Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad dan Datuk Wira Megat Zulkarnain.
Wakil wanita pula kekal diterajui oleh Datuk Paduka Mumtaz Jaafar.
Perebutan jawatan kerusi Setiausaha Agung menyaksikan Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dikekalkan dan akan dibantu oleh Moira Tab Siew See dan Chan Foong Keong sebagai Pembantu Setiausaha Agung.
Jawatan Bendahari pula akan disandang oleh Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin dan dibantu oleh Datuk Mohd Nasir Ali.
Menerusi ucapan penutup selepas pengumuman, Tan Sri Norza nyata gembira dengan kelancaran proses pengundian yang dilakukan secara atas talian dan berharap agar semua Persatuan Sukan dapat mengikut jejak langkah MOM dalam mengadakan pilihanraya persatuan masing-masing.
Diharap kepimpinan baharu MOM ini akan dapat memaju kemajuan sukan negara terutama untuk menghadapi beberapa kejohanan besar antarabangsa tahun hadapan.
Kontinjen Malaysia akan bertanding dalam Sukan Sea Vietnam, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou yang akan dijadikan sebagai pengukur untuk Sukan Olimpik Paris 2024.
Add Comment