
Oleh: MOHD FARIQ
KETUA jurulatih bola sepak Brunei, Datuk K Rajagobal dikhabarkan akan tiba di ibu negara pada minggu ini.
Difahamkan, kepulangan bekas pengendali Harimau Malaya itu selepas diberikan cuti selama empat bulan daripada Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD).
Ia ekoran tiada aktiviti bola sepak diadakan di Brunei ekoran kes Covid-19 yang berlaku dalam tempoh pandemik ini.
Malah difahamkan juga Pengarah Teknikal NFABD, P.N. Sivaji, jurulatih dari Singapura, juga telah di beri tempoh cuti yang sama dan akan pulang ke Singapura.
Menurut sumber yang enggan dikenali, kedudukan Rajagobal mungkin akan dinilai kembali pada Disember depan sebagaimana beliau telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama NFABD pada Disember tahun lalu.
“Rajagobal dan NFABD telah mencapai persetujuan bersama berkenaan notis cuti selama empat bulan daripada tugasannya sebagai jurulatih kebangsaan.

“Ia rentetan daripada isu Covid-19 yang masih melanda di Brunei dan disebabkan itu tiada aktiviti bola sepak dapat diadakan.
“Rajagobal telah menyertai Brunei pada akhir tahun lalu dan kemungkinan beliau akan mengkaji balik kedudukannya bersama Brunei sebaik cuti empat bulannya berakhir,” kata sumber itu kepada Cakap Sukan.
Pada 2010, Rajagobal membantu Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki dengan menewaskan Indonesia di pentas akhir






Add Comment