EPL

Jaringan tunggal Greenwood rakam rekod baharu Man United


Greenwood memberi tiga mata kepada United.

JARINGAN lewat Mason Greenwood memberi rekod baharu 28 perlawanan tanpa kalah Manchester United di tempat lawan.

Pemain remaja berusia 19 tahun itu memecahkan kebuntuan pada minit ke-80 ketika aksi bertemu Wolves selepas kedua-dua terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Lebih menarik Greenwood menjadi pemain remaja kedua meledak gol dalam aksi Liga Perdana selepas Robbie Fowler untuk Liverpool pada kempen 1994-95.

 

Bagi Wolves ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut biarpun gandingan Raul Jimenez dan Trincao berpeluang meledak gol jaringan selepas 10 minit perlawanan.

Malah Wolves juga dilihat lebih mendominasi permainan, namun tiada penyudah yang baik.

Sementara itu, David de Gea dipilih sebagai ‘Man of The Match’ selepas mempamerkan prestasi baik menyelamatkan beberapa percubaan tuan rumah.

Aksi Liga Perdana akan kembali bersambung pada 11 September berikutan ‘international break’.

Greenwood menjadi pemain remaja kedua menjaringkan gol dalam aksi Liga Perdana.

Dengan tempoh rehat ini, pastinya United dan Wolves akan perbaiki kelemahan masing-masing selepas tiga perlawanan.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer ini akan kembali beraksi pada 11 September ini bertemu Newcastle.

Manakala Wolves pula dalam misi mencari mata pertama bertemu Watford.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: