EPL

Gaji Ronaldo paling mahal di EPL, Messi jauh lebih banyak!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun.

KEPULANGAN sensasi Cristiano Ronaldo ke Manchester United menyaksikan dia bakal menerima gaji paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford, bintang Portugis itu kembali menghangatkan EPL dengan kontrak dua tahun bersama gaji 480,000 paun seminggu (RM2.8 juta).

Pemain berusia 36 tahun ini membuat ‘come back’ penuh dramatik pada Jumaat selepas dia dilaporkan akan menyertai jiran United, Manchester City.

De Bryune kini ditangga kedua gaji paling tinggi selepas ketibaan Ronaldo.

Kini Ronaldo bakal mengatasi beberapa pemain lain yang menerima gaji tinggi seperti Kevin de Bruyne, Romelu Lukaku, Harry Kane dan David Gea.

Ronaldo menerima gaji lebih 100,000 paun daripada pemain City, De Bruyne (385,000 paun), namun masih jauh jika dibandingkan dengan Lionel Messi (650,000 paun) dan Neymar (490,000 paun) seminggu di PSG.

Messi dan Neymar (kanan) menerima gaji lebih tinggi di PSG berbanding Ronaldo .

Senarai pemain gaji paling tinggi dalam EPL:

(Gaji seminggu)

Cristiano Ronaldo – £480,000 (RM2.8 juta)

Romelu Lukaku – £450,000 (termasuk bonus) (RM2.6 juta)

Kevin de Bruyne – £385,000 (RM2.3 juta)

Jack Grealish – £380,000 (termasuk bonus) (RM2.2j)

David De Gea – £375,000 (RM2.1j)

Pierre-Emerick Aubameyang – £350,000 (RM2j)

Raheem Sterling – £300,000 (RM1.7j)

Harry Kane – £300,000 (RM1.7j)

Paul Pogba – £290,000 (RM1.6j)

Anthony Martial – £250,000 (RM1.4j)

Mo Salah – £220,00 (RM1.2j)


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: