
PEP Guardiola mempertahankan Mikel Arteta selepas Manchester City menang 5-0 ke atas Arsenal.
Arsenal kini mempamerkan permulaan musim yang buruk selepas 67 tahun selepas merakam tewas dalam tiga aksi awal liga musim ini.
Pada aksi di Etihad Sabtu malam, pemain City Ilkay Gundogon dan Ferran Torres meletakkan City di hadapan dalam tempoh 12 minit permainan sebelum pemain lawan Granit Xhaka dilayangkan kad merah.
Ia menambahkan lagi duka The Gunners apabila bermain dengan 10 orang sekaligus membuka peluang Gabriel Jesus, Rodri dan Torres menambah gol.
Kekalahan besar ini menambahkan lagi tekanan buat Arteta.
Namun bagi Guardiola, pengurus Arsenal itu yang pernah bekerja dengannya di City (pembantu jurulatih) pada musim 2016-2019 memerlukan masa.

“Saya bersamanya dua atau tiga tahun, dan banyak belajar daripadanya.
“Dia adalah pengurus yang bagus. Personaliti yang betul dan dia disayangi semua di sini. Kami sangat sedih apabila dia pergi.
“Sesetengah orang menjangkakan keputusan segera. Pasukan yang dia uruskan sekarang bukan skuad yang dia idamkan kerana enam, tujuh, lapan alami kecederaan dan merupakan pemain-pemain yang sangat penting.
“Saya peminat dia dan yakin jika mereka beri kepercayaan, dia akan buat kerja terbaik di Arsenal,” jelas Guardiola.
Arteta mula menguruskan Arsenal bermula musim 2019-2020 dengan kontrak empat tahun sehingga 2023.
Add Comment