EPL

Pemain Man City ditahan polis atas dakwaan rogol dan serangan seksual

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Man City kini menggantung sementara Mendy sehingga siasatan berhubung kesnya selesai.

PERTAHANAN Manchester City, Benjamin Mendy ditahan pihak polis atas dakwaan  empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan serangan seksual.

Memetik laporan BBC dan The Guardian, dakwaan ini dikatakan berlaku antara Oktober 2020 dan Ogos tahun ini.

Perkara ini disahkan kelab berkenaan mengenai dakwaan ke atas pemainnya itu.

“Benjamin Mendy telah ditangguhkan sementara menunggu siasatan. Perkara ini sedang diproses oleh undang-undang dan dengan demikian, kelab tidak dapat memberi komen sehingga prosesnya selesai,” ujarnya.

Mendy muncul pada minggu pertama Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur, Ahad lalu yang turut menjaringkan gol , namun, berikutan kes ini, The Citizens telah menggantung pemain berusia 27 tahun itu.

Mendy menyertai Man City pada tahun 2017 dari AS Monaco. Selama 4 tahun, dia serimg mengalami banyak kecederaan dan hanya muncul dalam 75 pertandingan di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Bulan lalu, seorang pemain di Liga Perdana Inggeris ditangkap kerana penderaan seksual di bawah umur, tetapi dibebaskan dengan jaminan dan sedang disiasat.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: