Antarabangsa

Manny ‘PacMan’ sukar buka mata, beri bayangan bakal gantung ‘gloves’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pacquiao tewas dengan tumbukan padu Ugas.

PETINJU legenda Manny Pacquiao berdepan dengan kesukaran membuka matanya selepas tewas kepada Yordenis Ugas.

Pacquiao,42, yang dianggap pejuang paling hebat sepanjang masa terpaksa akur kalah kepada Ugas Sabtu lalu selepas dua tahun meninggalkan gelanggang.

Biarpun dibelasah agak teruk, ikon sukan tinju Filipina ini tetap cuba berjuang memenangi perlawanan itu.

Namun Ugas lebih menguasai perlawanan dengan hyunan tumbukan sempurna di Las Vegas ini sekaligus mendapat keputusan sebulat suara kepadanya.

Manny PacMan sukar membuka matanya selepas menerima lima jahitan.

Pacquiao atau digelar ‘PacMan’ ini terpaksa menerima lima jahitan di sebelah mata kirinya. Pada Selasa, dia turut bertemu dengan pakar oftalmologi untuk rawatan lanjut kecederaan itu.

Tahap kecederaannya itu agak serius  apabila dia berdepan dengan kesukaran membuka mata ketika isterinya menyuap makanan.

Juara dunia lapan kali ini merupakan petinju paling berjaya dalam generasinya dan didesak supaya bersara dan meninggalkan ‘gloves’ selepas 26 tahun dalam karier ini selepas tewas kepada Ugas.

Peminat-peminatnya memberi komen di media sosial selepas menonton perlawanan itu dengan mengatakan ‘tiada apa yang perlu dibuktikan Pacquiao’.

Pacquiao yang menceburi bidang politik dan berkhidmat sebagai Senator Filipina mengakui dia kini dalam fasa persaraan selepas fikirannya agak berbelah bagi 60-40 untuk meninggalkan perlawanan.

“Di masa depan, anda mungkin tidak akan melihat Manny Pacquiao berlawan lagi di gelanggang. Saya tidak tahu.

“Tetapi selepas beberapa dekad, saya sangat gembira dengan apa yang saya buat dengan tinju.

“Saya menyumbang rekod dalam tinju dan membawa tinju hingga ke kemuncak. Dan paling istimewa ianya untuk negara dan orang Filipina.

“Saya sangat bangga menjadi Filipino dan berterima kasih kepada semua peminat di seluruh dunia.

“Saya tidak pasti sama ada akan berlawan lagi. Biar saya rehat dan fikirkannya. Saya mahu bantu orang saya.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: