Lain-Lain

20 pencalonan isi posisi Jawatankuasa Eksekutif MOM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jahaberdeen  membuka borang-borang pencalonan di Wisma OCM pada Rabu.

SERAMAI 20 nama dicalonkan bagi mengisi jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2021/2025.

Hanya empat jawatan tidak diisi pencalonan tertakluk kepada pemeriksaan pengawasan sebelum diumumkan secara rasmi Jumaat ini.

Panel Pemilihan Bebas yang diketuai Pengerusi Datuk Seri Jahaberdeen Mohamad Yunoos membuka borang-borang pencalonan di Wisma OCM petang Rabu.

Bagaimanapun tiada perincian mengenai senarai pencalonan yang dicalonkan oleh persatuan-persatuan sukan kebangsaan itu.

Daripada 34 buah persatuan sukan, hanya 31 sahaja menyerahkan borang pencalonan, manakala tiga lagi memilih untuk tidak mencalonkan sebarang nama.

Terdapat tiga pencalonan daripada calon wanita, manakala 17 adalah calon lelaki.

“Kami  akan melihat senarai pencalonan dan melakukan pemeriksaan kelayakan,” jelas Jahaberdeen dalam satu kenyataan.

Satu pencalonan terpaksa dibatalkan kelayakan kerana tidak disertakan dengan persetujuan calon.

Dalam tempoh dua hari akan datang, semua calon akan diperiksa kelayakan bagi memenuhi syarat-syarat untuk bertanding.

Semua pencalonan boleh menarik diri daripada bertanding bila-bila masa sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 4 September ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: