Lain-Lain

92 persatuan sukan di Wilayah Persekutuan terima RM378,000


Ramlan (kiri) menyerahkan replika cek kepada wakil persatuan sukan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MAJLIS Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menyerahkan bantuan berjumlah RM378,000 kepada 92 persatuan sukan di Wilayah Persekutuan bagi membantu dalam program pembangunan sukan.

Pengerusi MSWP, Datuk Ramlan Shahean @ Askolani berkata, bantuan ini merupakan komitmen Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam pembangunan sukan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Katanya, pemilihan 92 persatuan sukan ini dibuat berdasarkan penyenaraian sukan terbabit dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2022 dan juga persatuan sukan serta kelab sukan yang membantu dalam program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan.

“Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) mengekalkan komitmen terhadap pembangunan atlet di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Pemberian bantuan pentadbiran ini juga sebahagian dalam usaha untuk memastikan program pembangunan sukan yang berterusan dilaksanakan oleh persatuan sukan di semua peringkat terutama ketika berlakunya pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Bantuan Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Wilayah Persekutuan Tahun 2021 yang dirasmikan  yang diadakan secara maya.

Ramlan berkata, MSWP sentiasa peka terhadap kesukaran yang terpaksa dihadapi atlet, jurulatih mahupun persatuan sukan dalam berdepan dengan tempoh sukar yang dihadapi semua dalam berdepan pandemik Covid-19 ketika ini apatah lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

“Disebabkan itu, MSWP kekal dengan pemberian elaun atlet dan jurulatih sepanjang PKP dengan perbelanjaan sebanyak RM300,000 pada setiap bulan,” katanya.

Dalam majlis yang sama, MSWP turut menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 bersama semua persatuan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan bacaan ikrar Rukun Negara, penyampaian sajak oleh Setiausaha PESAKA Kuala Lumpur, Sudirman Arifin dan juga nyanyian lagu Jalur Gemilang.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading