DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu secara rasmi dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu.
Bekas Menteri Perak ini, tidak asing lagi dalam dunia sukan tanah air apabila pernah menjawat jawatan Presiden Perak FA yang menyaksikan skuad seladang bergelar juara Piala Malaysia pada 2018.
Bagaimana pun, pimpinannya bersama Perak FA tidak berpanjangan apabila beliau meletakkan jawatan selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak sejak awal Disember lalu.
Dengan minatnya dalam dunia sukan, portfolio baharu ini diharap dapat memberi landskap yang lebih baik bagi sukan tanah air, lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ini.
Add Comment