Lain-Lain

“Ahmad Faizal tahu tentang sukan negara” – Norza


Oleh: JJFIRDAUS

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menerusi Presidennya Tan Mohamad Sri Norza Zakaria mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Pengalaman Faizal sebagai Menteri Besar Perak terutamanya ketika berjaya menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dengan jayanya bakal membantu beliau dalam portfolio baharu ini.

Selain itu, beliau juga seorang yang tahu tentang sukan dan mengenali para atlet serta seorang yang aktif dalam sukan sekaligus dapat membantu dalam pembangunan sukan di Malaysia.

MOM juga berharap dengan pelantikan ini, KBS dapat membantu MOM dalam menghadapi tiga temasya sukan tahun hadapan iaitu Sukan Sea Vietnam, Sukan Asia Hangzhou dan juga Sukan Komanwel Birmingham.

Kejayaan di ketiga-tiga sukan ini bakal menjadi pemangkin kepada kontinjen negara dalam pemburuan pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza juga berharap agar Datuk Seri Faizal dapat meneruskan kesinambungan dan legasi yang ditinggalkan oleh menteri terdahulu, Datuk Seri Reezal Merican.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: