Lain-Lain

Kehadiran Faizal bakal beri manfaat kepada atlet dan belia – Megat Shahriman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PRESIDEN Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin

 

PRESIDEN Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin percaya perlantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Belia dan Sukan baharu akan memberi banyak manfaat kepada penggiat sukan.

Tegasnya, dia mengenali Faizal Azumu yang dianggap sebagai abang dan seorang pemimpin memiliki jiwa muda dan mudah menerima pandangan.

“Tahniah buat Faizal Azumu diatas perlantikan ini, semoga perlantikan ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada atlet sukan dan golongan belia.

“Bagi MPM kami sememangnya menantikan kehadirannya,” jelasnya yang ketika ini bersama atlet Paralimpik memburu kejayaan di Tokyo 2020.

Terdahulu Faizal Azumu yang juga bekas Menteri Besar Perak antara muka baharu dilantik dalam barisan anggota Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi.

Timbalan Presiden BERSATU itu yang juga bekas Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Faizal Azumu akan dibantu oleh Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: