Lain-Lain

Adakah ‘angin’ baharu dalam Majlis Olimpik Malaysia?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohamad Norza Zakaria

Oleh: MOHD FARIQ

PEMILIHAN Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang bakal diadakan pada 4 September ini bakal menyaksikan beberapa muka baharu disebut-sebut bakal bertanding untuk merebut beberapa jawatan utama.

Banyak mata tertumpu kepada senarai akhir pencalonan apabila menjelang tarikh akhir pencalonan pada esok hari (25 Ogos) ini dengan jawatan Presiden sah tidak dipertandingkan.

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sekali lagi akan mengetuai MOM dalam menghadapi pelbagai sukan antarabangsa termasuk Sukan Asia Hangzhou 2022 dan juga Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Desas-desus mengatakan jawatan Timbalan Presiden yang kini dipegang Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi bakal dicabar pendatang baharu Datuk Hamidin Mohd Amin.

Datuk Hamidin bukanlah nama baharu dalam sukan di Malaysia dengan menjawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan sebelum ini Pengerusi Malaysia Football League (MFL).

Hamidin Mohd Amin

Bagaimanapun khidmat Datuk Seri Abdul Azim dikatakan masih ditagih sebagaimana beliau telah ditawarkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung.

Spekulasi itu sekali gus menghangatkan pemilihan Setiausaha Agung MOM dikatakan bakal direbut penyandang Datuk Nazifuddin Mohd Najib dan Timbalan Presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan juga muka baharu, Melvin Chia, Presiden Snooker dan Billiard Malaysia.

Bekas Setiausaha Agung, Datuk Low Beng Choo jiga ditawarkan semula untuk bertanding tetapi beliau tidak berminat, dan ingin hanya fokus sebagai Setiausaha Agung Kongres Baseball/Softball Dunia dan juga Presiden Softball Asia.

Megat Zulkarnain Omardin

Kesemua nama calon hanya akan dikeluarkan selepas calon sendiri menerima pencalonan selepas tarikh tutup dan jika individu tercalon dalam lebih dari satu jawatan, beliau harus memilih sendiri jawatan mana yang benar-benar mereka mahu bertanding.

Bagi jawatan Naib Presiden, antara nama-nama seperti Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Datuk Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) disebut-sebut menjadi calon pilihan.

Sementara itu, Datuk Mumtaz Jaffar dan Prof. Datuk Dr. Shamala Subramaniam difahamkan akan bertanding untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden.

Nur Azmi Ahmad

Dalam pemilihan pemegang jawatan dan ahli lembaga eksekutif MOM, Norza telah menang tanpa bertanding bagi penggal seterusnya.

Bagi jawatan Timbalan Presiden MOM bakal diisi dengan satu jawatan sementara lima jawatan bakal mengisi jawatan Naib Presiden MOM.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: