Lain-Lain

Bekas pemain ragbi negara Abdul Ghafar meninggal dunia


BEKAS pemain ragbi negara Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab meninggal dunia pagi Selasa.

Abdul Ghafar,63, dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak Khamis meninggal dunia dalam tidur pukul 5.30 pagi.

Allahyarham menghidap kanser dan kerap dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Allahyarham merupakan bekas Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah seorang pakar sepakan ‘conversion’ bagi pasukan ragbi negara.

Pencapaian cemerlang Allahyarham dalam sukan ragbi apabila berjaya meletakkannya dalam pasukan negara bermula dengan mewakili Malaysia bawah 23 Tahun pada tahun 1979.

Allahyarham yang berasal dari Pontian, Johor meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak. Jenazah disembahyangkan di Masjid Bukit Aman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Persint 20, Putrajaya petang tadi. -Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading