EPL

Solskjaer persoal keputusan pengadil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Craig Pawson

 

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan, Craig Pawson yang dilihat gagal membuat keputusan tepat memgenai isu kekasaran hingga menyebabkan skuadnya terpaksa berkongsi mata.

Salah satu insiden kekasaran yang dibangkitkan Solskjaer dimana mereka berhak mendapat sepakan percuma adalah  adalah pelanggaran Jack Stephens terhadap Bruno Fernandes pada separuh masa pertama yang tidak dihiraukan oleh pengadil yang seterusnya membawa kepada jaringan gol tuan rumah.

Jelasnya, pengadil terlalu lembut untuk memberikan hukuman dalam menentukan kekasaran yang dilakukan pemain yang seterusnya mengundang aksi yang lebih berbahaya.

” Itu pelanggaran. Dia (Stephens) mengasari Bruno.  Saya tidak bimbang, tetapi kami harus mengawasinya.

“Saya suka cara yang lebih lembut. Tentu saja ini seperti bola sepak lelaki, tetapi masih pelanggaran jelas,” kata dipetik oleh BBC.

Pada aksi yang berlangsung malam tadi Southampton mendahului menerusi gol Fred sendiri pada minit ke-30 sebelum Man Utd bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi gol Mason Greenwood.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: