EPL

Arteta fahami kehendak peminat The Gunners

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Arteta tidak menyalahkan peminat yang mengejeknya ekoran dua kekalahan yang dialami pasukan.

PENGURUS Arsenal,  Mikel Arteta tidak menyalahkan penyokong yang mengejeknya ekoran dua kekalahan yang dialami skuad bimbingannya.

Ujar Arteta, dia memahami kemahuan peminat The Gunners yang mahukan kemenangan begitu juga apa yang diharapkannya.

“Anda tidak boleh meminta para peminat bersabar. Mereka ingin melihat pasukan mereka menang dan begitulah seharusnya.

“Kami sekarang berada dalam situasi yang sangat sukar. Kami kehilangan beberapa pemain kerana Covid dan yang lain,”  jelasnya kepada  Sky Sports.

Pada aksi yang berlangsung lewat malam tadi, Arsenal tewas 0-2 kepada Chelsea hasil jaringan Romelu Lukaku (m-15) dan Reece James (m-35) pada babak pertama bertahan hingga akhir

Terdahulu pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris minggu lalu mereka dikejutkan dengan kekalahan 0-2 ditangan pasukan yang baru dinaikkan pangkat Brentford .


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: