
CARDIFF City meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Kejuaraan Inggeris apabila berjaya menundukkan Miwall 3-1 dalam pertembungan di Stadium Cardiff City, Sabtu malam.
Tiga gol pada separuh masa kedua berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah Cardiff kepada empat perlawanan berturut-turut dengan dua gol tandukan dari Aden Flint dan satu menerusi Sean Morrison.
Flinnt, pertahanan tinggi lampai itu kini sudah menjaringkan empat gol dalam tempoh lima hari selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika mengikat Peterborough United pada Rabu.
Pengurus Cardiff Mick McCarthy berkata: “Kami sememangnya pakar dalam menjaringkan gol menerusi hantaran lintang. Saya tidak peduli bagaimana jaringan dilakukan yang penting ia menberikan kemenangan.

“Mereka seharusnya bermain dengan lebih baik pada separuh masa pertama. Kami kelihatan longlai dan tidak cukup laju tetapi segalanya berubah pada separuh masa kedua serta pemain yang dibawa masuk membawa banyak perubahan.”
Sementara itu pengendali Millwall Gary Rowett pula berkata: “Kami telah berbincang banyak kali mengenai bagaimana kami perlu menangani ‘set-piece’ Cardiff sebelum permainan dan juga ketika rehat separuh masa.
“Kami bermain baik pada separuh masa pertama tetapi untuk melepaskan tiga gol menerusi set-piece sangat mengecewakan terutama selepas kami sudah berhahan dengan baik.”
Kemenangan ini meletakkan Cardiff City di tangga keenam dengan lapan mata, dua mata di belakang pendahulu Fulham. Cardiff bakal bertemu Bristol City pada 28 Ogos nanti.
Add Comment