Bola Sepak

KL City raih kegembiraan berganda


Zhafri Yahya (kiri) menjaringkan gol kedua membantu pasukan memadam kemarau 23 perlawanan tanpa kemenangan ditempat lawan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BUKAN sahaja tiga mata berjaya dibawa pulang tetapi kemarau kemenangan di tempat lawan yang berlarutan hampir 23 perlawanan Liga Super sejak Jun 2018 akhirnya ternoktah di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Turut diraikan dalam kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang FC ini juga adalah kejayaan The City Boys mengekalkan rekod sembila perlawanan tanpa kalah bermula 30 April 2021 sehinggalah aksi di Kuantan ini.

Bagi pengendali KL City FC, Bojan Hodak ini kemenangan yang dinantikan terutamanya aksi ditempat lawan selepas tertangguh hanpir 23 perlawanan.

“Kami gembira buat kali pertama menang ditempat lawan, begitu juga aksi tanpa bolos dipamerkan selepas dua perlawanan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Hodak mengakui pemainnya mempamerkan aksi menyakinkan pada 45 minit pertama dengan beberapa peluang menjaringkan gol dihasilkan.

“Saya sentiasa tekankan keyakinan dalam diri pemain, selepas rehat mereka tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol.

“Tuan rumah juga memberikan saingan yang hebat buat kami,” ujarnya.

REKOD 9 PERLAWANAN TANPA KALAH KL CITY FC

  •  KL City FC 1-1 JDT FC (30 April 2021)
  • KL City FC 3-1 Penang FC ( 4 Mei 2021)
  • UiTM FC 1-1 KL City FC (8 Mei 2021)
  • KL City FC 1-1 Selangor FC (24 Julai 2021)
  • Perak FC 0-0 KL City FC (27 Julai 2021)
  • KL City FC 1-1 MUFC (31 Julai 2021)
  • Sabah FC 0-0 KL City FC (4 Ogos 2021)
  • KL City FC 1-0 PJFC (7 Ogos 2021)
  • Sri Pahang FC 0-2 KL City FC (21 Ogos 2021)

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading