Paralimpik Tokyo 2020

Atlet Paralimpik 2020 berlepas ke Tokyo


Megat D Shahriman (kanan) bersama atlet berlepas dari KLIA, Sepang malam tadi.

 

KONTINJEN Paralimpik Malaysia yang bakal memulakan cabaran di Tokyo 2020 sudah memulakan perjalanan secara berperingkat memburu kejayaan buat negara di negara Matahari Terbit.

Pada temasya yang bakal bermula bermula 24 Ogos ini hingga 5 September nanti, Malaysia akan diwakili 22 atlet para dalam sembilan jenis sukan dan diletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga pingat emas.

Pada edisi di Rio 2016, Malysia berjaya meraih tiga pingat emas dan sebutir gangsa, semuanya menerusi olahraga yang juga pencapaian terbaik kontinjen Malaysia di temasya itu sejak 1972.

Kumpulan pertama terdiri daripada dua pegawai dan lima atlet berbasikal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini ke negara matahari terbit itu awal pagi semalam.

Majlis perlepasan dengan kibaran Jalur Gemilang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) MSN, Suhardi Alias.

 

Ketua Kontinjen, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, ke semua atlet berjanji akan melakukan yang terbaik sebaik tiba di Tokyo.

“Setakat ini, tak ada apa-apa simptom atau ‘break down’ atau kemurungan, insya-Allah semua okey. Kita akan menjalani ujian air liur sejurus sampai di sana dan pada setiap hari sepanjang berada di sana.

“Saya juga dah ingatkan kepada atlet, semua orang melalui liku-liku yang sama ketika berada di gelanggang tanpa kejohanan dan persaingan, anda juga sama…jadi tiada sebab nak katakan tidak bersedialah, tidak cukup pertandingan,” katanya dipetik Bernama.

Megat D Shahriman Zaharudin bersama 14 individu lain merupakan kumpulan kedua bersama skuad renang, ping pong, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Sofian Hamzah serta staf Institut Sukan Negara (ISN) dijadual berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 9118 pada 10.50 malam tadi.

Majlis perlepasan dengan kibaran Jalur Gemilang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) MSN, Suhardi Alias di Balai Pelepasan, KLIA, Sepang.

Kumpulan terbesar sejumlah 28 atlet dan pegawai terdiri daripada skuad memanah, olahraga, boccia, powerlifting, tenis berkerusi roda dan pegawai ISN dijadual berlepas Sabtu ini, manakala skuad badminton seramai tiga orang akan bertolak pada Selasa.

Senarai atlet Malaysia ke Paralimpik Tokyo 2020:

Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin

Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal

Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga

Memanah: S. Suresh; Wiro Julin

Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh

Boccia: Chew Wei Lun

Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie

Ping Pong: Chee Chaoming

Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading