EPL

Impian Mitoma beraksi di Eropah jadi kenyataan


Mitoma (kiri) membantu pasukan Jepun mara ke pusingan perebutan pingat gangsa bertemu Mexico pada Tokyo 2020.

BRIGHTON and Hove Albion telah mengikat bintang Jepun Kaoru Mitoma dengan kontrak selama empat tahun.

Bagaimana pun pemain berusia 24 tahun dari kelab Liga Jepun 1, Kawasaki Frontale itu bakal mengharungi musim 2021-2022  dipinjamkan ke Divisyen Satu Belgium, Royal Union Saint-Gilloise.

 

Mitoma merupakan salah seorang pemain dalam skuad Jepun yang beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun tersingkir dalam perebutan pingat gangsa selepas tewas kepada Mexico.

“Kami dengan bangga menandatangani kontrak bersama Kaoru yang telah membantu pasukan negaranya dan juga aksi cemerlang di kelab.

Mitoma (dua kanan) antara pemain muda Jepun yang menjadi perhatian.

‘Sebagai proses pembangunannya, kami memutuskan untuk meminjamkan dia kepada Union Saint-Giloise bagi membantu Kaoru menyesuaikan diri dengan bola sepak Eropah dan menguji dirinya dalam persekitaran berbeza,” jelas Pengarah Teknikal Brighton Dan Ashworth.

Ketika aksi liga J1 sepanjang 2020, Mitoma telah meledak 13 gol dan menjulang trofi serta merakam 30 jaringan keseluruhan dalam 64 penampilan untuk Kawasali Frontale.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading