Lain-Lain

Aaliyah terlepas aksi Remaja Dunia buat kali terakhir, positif Covid-19

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aaliyah terpaksa menarik diri Kejohanan Remaja Dunia selepas positif Covid-19.

HARAPAN pemain ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah untuk memenangi Kejuaraan Remaja Dunia pertama pada tahun terakhirnya sebagai junior berakhir selepas diuji positif Covid-19.

Aaliyah, yang berusia 18 tahun pada 16 Julai lalu, dijadualkan bersaing pada Kejuaraan Remaja 2020  di Florida, Amerika Syarikat bermula 22-29 Ogos ini.

Kejuaraan tersebut sepatutnya berlangsung tahun lalu, namun ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Bagaimanapun berita duka buat Aaliyah dan jurulatih Hanifah Yoong yang juga bapanya didapati positif  Covid-19 awal minggu ini.

Namun kedua-duanya kini semakin pulih dan menjalani kuarantin di rumah mereka.

Persekutuan Waterski dan Wakeboard Malaysia (MWWF) telah berbincang bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dan memutuskan untuk menarik diri daripada penyertaan peringkat dunia itu.

Aaliyah dijangka berangkat pada 26 Julai dan tiba di Florida untuk menjalani latihan selama tiga minggu sebelum pertandingan ini berlangsung.

Aaliyah kini menjalani kuarantin bersama bapanya di rumah mereka.

“Ini sangat mengecewakan. Saya rasa tidak banyak yang dapat saya lakukan dalam situasi ini  walaupun saya pulih selepas kuarantin.

“Saya tidak mempunyai masa untuk persiapkan diri secukupnya.

“Sejujurnya, saya sebenarnya tidak dapat berlatih dengan betul sejak Mei dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana terdapat banyak gangguan.

“Saya tahu masih ada masa berikutnya untuk pertandingan, tetapi ini adalah harapan saya bergelar  juara dunia buat kali terakhir bagi kategori Bawah 17 Tahun,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Aaliyah bakal bersaing Kejohanan Bawah 21 Tahun Dunia yang seterusnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: