Lain-Lain

Norza dipilih sebulat suara terajui RMPA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TAN Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) yang baharu menggantikan Datuk Mohamed Moiz secara sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan persatuan berkenaan secara atas talian semalam.

Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan merakamkan ucapan terima kasih kepada presiden dan jawatankuasa RMPA terdahulu atas sumbangan mereka selain menyatakan beliau mewarisi sebuah persatuan yang amat kukuh,

Beliau turut menerangkan fokus jawatankuasa baharu adalah untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan polo tempatan yang akan menggalakkan penyertaan lebih luas, sekaligus menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan kerjaya dalam industri polo negara.

Dalam perkembangan sama, Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail dan Tengku Datuk Sri Uzir Tengku Datuk Ubaidillah masing-masing dipilih sebagai Naib Presiden RMPA manakala Datuk Quzier Ambak (Setiausaha Kehormat) dan Datuk Mohamad Zekri Ibrahim (Bendahari Kehormat).

Datuk Seri Razak Feroz Khan, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah dan Toh Muda Rizal Ashram pula dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa manakala Left Kol (B) Ahmad Fakharuzi Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif & Penyelaras Liga RMPA.

Malaysia mempunyai rekod membanggakan dalam sukan polo di rantau Asia Tenggara dan pernah memenangi semua pingat emas dalam acara polo ketika sukan berkenaan dipertandingkan pada Sukan SEA 1983 (Singapura), Sukan SEA 2007 (Thailand), Sukan SEA 2017 (Malaysia) dan Sukan SEA 2019 (Filipina).

Penaung RMPA, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengetuai pasukan polo Malaysia yang berjaya memperolehi pingat emas pertama dalam acara polo Sukan SEA 1983 di Singapura.

Malaysia juga mempunyai pemain professional polo tempatan yang paling ramai dalam kalangan negara serantau.

> PENAUNG RMPA

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah

> AHLI JAWATANKUASA RMPA 2021 – 2022

PRESIDEN : Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria
NAIB PRESIDEN 1. : YM. Dato’ Syed Budriz Putra
NAIB PRESIDEN 2. : YM. Tengku Dato’ Sri Uzir bin Tengku Dato’ Ubaidillah
SETIAUSAHA KEHORMAT : Dato’ Quzier Ambak
BENDAHARI KEHORMAT : Dato’ Mohamad Zekri Ibrahim
AHLI JAWATANKUASA 1 : Dato’ Sri Razak Feroz Khan
AHLI JAWATANKUASA 2 : Datuk Khamarulazlan bin Mohamad Hanafiah
AHLI JAWATANKUASA 3 : Toh Muda Rizal Ashram
SETIAUSAHA EKSEKUTIF : Lt. Kol (B) Ahmad Fakharuzi bin Ibrahim


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: