Permotoran

MAM anjurkan sesi secara maya buat pegawai perlumbaan


 

Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli.

 

BADAN pengelola untuk sukan permotoran di Malaysia, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), akan mengadakan sesi latihan secara maya untuk pegawai perlumbaan yang akan diadakan pada 24 dan 25 Julai 2021.

Sesi ini akan memberi peserta dengan pengetahuan terkini mengenai peraturan perlumbaan; etika perlumbaan; pengurusan, keselamatan dan penganjuran perlumbaan dan tugas pegawai semasa perlumbaan.

Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli berkata, sesi latihan seperti ini amat penting untuk memastikan bahawa acara perlumbaan yang dikawal selia oleh pegawai yang diiktiraf selaras peraturan perlumbaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Latihan ini merupakan platfom bagi peminat sukan permotoran untuk mengembangkan karier dan menjadi pegawai yang berkelayakan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk sokongan dan kerjasama berterusan bersama MAM untuk pembangunan sukan permotoran di Malaysia,” tegasnya.

Sesi pada 24 Julai ini akan memberi tumpuan kepada pegawai untuk perlumbaan kereta, sementara sesi untuk perlumbaan motosikal akan diadakan pada 25 Julai.

Pegawai perlumbaan, Setiausaha Mesyuarat, Penjaga Masa dan Juri, dijemput untuk mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

Pendaftaran terhad kepada ahli kelab gabungan dengan MAM sahaja.

Sesi Latihan ini akan diterajui oleh pelatih-pelatih yang mempunyai pengalaman luas di litar dan diiktiraf oleh badan induk sukan permotoran dunia, FIA (Federation Internationale de I’Automobile) dan FIM (Federation Internationale de Motorcyclisme).

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi ketua komunikasi MAM, Nor Lina Ayob di norlina@mam.org.my.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading