Bola Sepak

Sabah FC bawa pulang pengalaman berharga dari Johor

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi menarik dipamerkan pemain kedua-dua pasukan pada perlawanan malam tadi. (Foto : Sabah FC)

SABAH FC memiliki pengalaman berharga dalam dua perlawanan persahabatan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II apabila meraih satu kemenangan dan satu tewas dalam persiapan mengharungi saingan Liga Super, Sabtu ini.

Meraih kemenangan 3-1 aksi pertama 17 Julai sebelum tewas 0-2 malam tadi pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Larkin., Johor Bharu anak didik Kurniawan Dwi Yulianto pastinya sudah bersedia sepenuhnya.

Ujar Kurniawan , dia sengaja menurunkan pemain yang jarang bermain untuk dua sebab iaitu ‘match fitness’ serta confident level mereka.

Katanya, menentang pasukan JDT II memerlukan mereka bermain dalam ‘high pressure’ sekali gus ingin melihat bagaimana mereka keluar daripada tekanan tersebut.

“Ternyata memang banyak sekali yang harus kita perbaiki. Ini perlu diambil perhatian bagaimana mereka (pemain) harus lebih confident tidak cepat hilang bola.

“Saya percaya dengan kemampuan para pemain, mereka sebenarnya bisa tapi memang berat la….sebab game pertama mereka ini tentu pemain akan merasa tekanan,” katanya.

Kurniawan berkata, bukan keputusan perlawanan yang dilihat tetapi bagaimana mereka (pemain) keluar daripada tekanan untuk perlawanan seterusnya menentang PJ City FC nanti.

Mengulas mengenai corak permainan Josip (Yoyo) dan Nazirul, kedua-dua pemain ini perlu mencipta keserasian segera bersama pasukan Sabah FC.

“Terus terang kami masih punya pengharapan yang lebih tinggi melihat perlawanan yang pertama dan berharap di game sebenarnya nanti lawan PJ City FC mereka perform dengan kemampuan terbaik mereka,” katanya.

Kurniawan juga berpuashati corak permainan dan prestasi empat pemain daripada skuad U22 sekali gus mereka mempunyai masa depan yang baik bersama pasukan senior.

“Saya puas hati kerana mereka boleh serasi  dengan pemain yang lain mereka tidak gemuruh serta memahami apa yang dirancangkan. Mereka punyai masa depan dan harapan yang sangat baik ,cuma mereka kerja lebih keras lagi,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: