
BINTANG tenis wanita No.1 dunia, Ash Barty bakal berdepan dengan pemain Republik Czech Karolina Pliskova pada aksi akhir Wimbledon malam ini.
Ash,25, mencari gelaran pertama acara perseorangan di Kejuaraan Wimbledon selepas tampil cemerlang ketika aksi beregu final pada 2013 dan beregu campuran (suku akhir) pada tahun yang sama.
Menariknya, pemain kelahiran Australia ini digelar atlet serba boleh memandangkan namanya juga tercatat dalam acara golf dan kriket.
Selepas menjuarai Remaja Wimbledon 2015 pada usia 15 tahun, Ash beralih arah ke sukan kriket bermain bersama pasukan Queensland. Namun selepas itu kembali menumpukan kepada sukan tenis.

Tahun lalu, seluruh sukan dunia terpaksa berhenti akibat penularan pandemik Covid-19 yang menyebabkan semua atlet berehat panjang, termasuk Ash.
Sepanjang tempoh ‘lockdown’ itu, Ash mula bermain golf bergelar pemain amatur dengan handicap dari 10 kepada 4, mendapat latihan daripada teman lelakinya Garry Kissick yang lebih 15 tahun bekerja dalam bidang sukan ini.
Dia menjuarai kejohanan golf di kelab Australia yang membuktikan dalam dirinya mempunyai pelbagai bakat semula jadi dan lebih membanggakan legenda golf dunia, Tiger Wood turut memuji bakatnya itu.
“Dia mempunyai pukulan yang hebat, adakah anda bergurau dengan saya?”, komen Wood ketika melihat pukulan Ash melepasi Yarra River sebelum sebelum ini.
Biarpun hampir setahun tanpa sebarang kejohanan tenis, Ash tetap tampil dengan aksi konsisten tahun ini apabila membuka kemenangan dengan menjuarai Kejohanan Terbuka Miami Mac lalu.

Dia tetap konsisten dan aksi final Wimbledon ini bakal menjadi saksi perlawanan hebat bertemu pemain yang mempunyai gaya halangan paling efektif, Pliskova yang kini menduduki ranking ke-13 dunia.











Add Comment