Lain-Lain

Sukan SEA 2021 Hanoi sah ditangguh ke tahun depan


SUKAN SEA ke-31 Hanoi, Vietnam yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini telah ditangguhkan ke tahun depan, 2022.

Menurut kenyataan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah bermesyuarat dan bersetuju menangguhkan penganjuran Sukan SEA Ke-31 2021 kepada tahun 2022.

Sukan SEA 2021 dijadualkan berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember ini.

“Ahli-ahli Persekutuan Sukan SEA menghargai kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penganjuran Vietnam setakat ini namun turut mengambil maklum situasi semasa pandemik Covid-19 di rantau Asia Tenggara.

“Tarikh baharu akan ditentukan oleh Majlis Persekutuan Sukan SEA.”

Pada 9 Jun lalu, lapan negara termasuk Malaysia menolak cadangan penganjur Sukan SEA ke-31 ini untuk menangguhkan temasya dwitahunan itu ke Mei atau Jun tahun depan.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, penolakan cadangan itu bagi memberi ruang kepada penganjur untuk mengemukakan tawaran baharu yang boleh memuaskan hati semua negara bertanding, dalam tempoh dua minggu lagi.

“Lapan negara menolak cadangan itu termasuk Malaysia, dua negara termasuk Vietnam menyokongnya manakala Laos tidak membuat keputusan,” ujarnya sebelum ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: